PEMIMPIN gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat membawa sekumpulan 'hantu' sebagai gimik berhubung dakwaan wujudnya pengundi hantu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan. Jamal mendakwa wujud pengundi hantu di DUN yang dikuasai Adun DAP, Ng Suee Lim sejak Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004.