suria

Selangor Sedia Timbang Cadangan KPN

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersedia menimbangkan cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya bersedia menimbangkan cadangan berkenaan termasuk meneliti perkara itu dari segi perundangan, penguatkuasaaan dan perkara lain yang berkaitan yang berada di bawah bidang kuasa PBT dan polis.

"Kerajaan negeri berpendirian sebarang aktiviti yang tidak sihat seperti perjudian haram harus dihentikan, ia bagi menjamin keselamatan masyarakat Selangor dan usaha ini memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk polis, PBT dan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini Sabtu.

Pada Jumaat Khalid dilaporkan mencadangkan kerajaan negeri dan PBT di seluruh negara menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga serta-merta kerana sering didapati pengendalinya menyalahgunakan lesen berkenaan untuk menjalankan kegiatan perjudian. -Bernama

huburan keluarga, lesen, pusat judi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain