suria

Restoran Makanan Segera Terbakar

MIRI: Satu kebakaran kecil berlaku di sebuah restoran makanan segera di Pusat Komersil E-Mart di daerah Kuala Baram, 20km di utara bandar Miri, pukul 6 petang Sabtu.

Pelanggan yang sedang makan lari bertempiaran dari kedai makan tersebut apabila mereka melihat asap tebal berkepul di restoran berkenaan.

Kebakaran dipercayai berpunca dari dapur restoran.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Superintendan Law Poh Kiong mengesahkan bahawa tidak ada yang cedera atau terperangkap dalam kebakaran dan kesemua mereka berjaya dipindahkan ke tempat selamat.

Anggota bomba tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan outlet ini.

Dengan bantuan pekerja restoran, pasukan itu dengan pantas berjayamemadamkan api dan mencegahnya daripada merebak ke premis lain dalam blok bangunan yang sama.

Siasatan awal mendapati kebakaran bermula di dapur di mana tukang masak sibuk menyediakan tempahan untuk pelanggan mereka.

kebakaran, makanan segera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain