BULAN suci Ramadan yang dinanti-nanti oleh umat Islam seluruh dunia akhirnya tiba dengan pastinya ramai yang mahu mencapai sesuatu pada bulan yang mulia ini. Selepas menahan lapar dan dahaga selama beberapa jam pada setiap hari, ramai orang gagal menahan nafsu untuk mengehadkan pemakanan ketika berbuka, yang akhirnya menyebabkan berat badan mereka naik. Di sini adalah 10 tips untuk mengelakkan berat badan anda naik ketika Ramadan: 1. Elakkan makan secara berlebihan. Pastikan berbuka dengan juadah yang ringan termasuk jumlah makanan yang sewajarnya. 2. Kunyah dengan perlahan makanan anda untuk mengelakkan ketidakhadaman. 3. Berbuka dengan sup dan salad. Makanan ini mengandungi kalori rendah dan membuatkan anda berasa kenyang. 4. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sepanjang waktu tidak berpuasa. 5. Minum jus buah-buahan tanpa gula dan elakkan kordial yang mengandungi tahap gula yang tinggi. 6. Pilih produk susu yang rendah lemak dan daging tidak berlemak. 7. Makan kurma dan salad. 8. Berjalan sekurang-kurangnya setengah jam hingga sejam pada setiap hari untuk membakar lebih banyak kalori. 9. Apabila memasak, pastikan anda memilih resepi yang berkhasiat dan mengelakkan makanan berminyak. Sebaliknya kurangkan jumlah lemak dalam makanan dengan menggunakan minyak sayuran, memanggang dan masak stim. 10. Elakkan memakan secara berterusan terutamanya pada waktu berbuka dan bersahur kerana boleh menyebabkan kepenatan akibat terlalu kenyang.