suria

Suspek Ancam Letup Pesawat Akan Didakwa

PETALING JAYA: Suspek yang mengancam mahu meletupkan pesawat Malaysia Airlines MH128 akan dibawa ke mahkamah Australia pada Khamis.

The Sydney Morning Herald memetik Ketua Pesuruhjaya Polis Victoria, Graham Ashton sebagai berkata suspek akan didakwa di mahkamah majistret di Melbourne.

Menurut agensi berita itu, warga Sri Lanka itu yang dipercayai mengalami gangguan mental merupakan 'pesakit sukarela' yang baharu saya dikeluarkan dari pusat rawatan psikiatri di Pusat Perubatan Monach di Clayton, beberapa jam sebelum insiden itu.

Polis turut diberi pelepasan untuk menyoal suspek selepas dia dinilai sihat untuk disoal siasat atas alasan psikologi.

Pesawat MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Lapangan Terbang Melbourne sebaik sahaja berlepas malam Rabu selepas seorang penumpang mendakwa memiliki bahan letupan mahu memasuki kokpit.

Pesawat itu selamat mendarat dan lelaki itu dibawa keluar dari pesawat oleh pihak keselamatan lapangan terbang.

Polis berkata insiden itu tiada kaitan dengan serangan pengganas dan lelaki berusia 25 tahun itu kini dalam tahanan polis.

MH128, Malaysia Airlines

Artikel Sebelum

Buncit ke Mengandung Ni?

Artikel Berikut

Artikel Lain