suria

Dugaan Abang Bomba Berbuka Tepi Jalan

PETALING JAYA: Ketika umat Islam lain sedang enak menjamu juadah iftar di pelbagai lokasi pilihan, ada anggota bomba yang terpaksa berbuka puasa di tepi jalan demi melaksanakan tugas kepada negara.

Begitu situasi yang dilalui sepasukan anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang kelihatan gembira menikmati hidangan berbuka puasa di bahu Jalan Tanjung Bukit Sentosa, Rawang pada petang Jumaat.

Pemilik laman Facebook, Azhar Jaafar yang merupakan seorang anggota bomba berkongsi pengalamannya dan rakan-rakan berbuka dengan nasi bungkus di belakang jentera bomba.

“Berbuka tepi jalan kita hari ini (Jumaat),” tulisnya ringkas.

Seorang pengguna yang dipercayai isteri kepada Azhar, Norhayati Sidi berkata, dia berasa simpati terhadap nasib suami dan anggota yang lain kerana terpaksa melalui dugaan tersebut.

“Kesiannya suami aku dan kawan-kawan. Ikhlas dapat pahala berlipat ganda Ramadan ketujuh yang bermula dengan dugaan,” katanya pada posting tersebut.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai operasi yang dijalankan oleh pasukan tersebut tidak dinyatakan.

Bomba, buka puasa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain