suria

MRT Sungai Buloh-Kajang Beroperasi 17 Julai

PUTRAJAYA: Laluan Sungai Buloh-Kajang Transit Laju Massa (MRT) akan mula beroperasi sepenuhnya pada 17 Julai apabila fasa kedua siap sepenuhnya.

“Fasa pertama MRT telah beroperasi sejak 16 Disember tahun lepas, fasa kedua akan beroperasi pada bulan Julai, sekali gus menyempurnakan laluan Sungai Buloh-Kajang yang berjarak 51km ,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya telah memilih tarikh yang istimewa iaitu pada 17 Julai (17.7.17) untuk melancarkannya,” kata Najib dalam ucapannya ketika pelancaran Rancangan Fizikal Negara (RFN Ke-3), Dasar Perbandaran Negara (DPN2), dan Dasar Perancangan Fizikal (DPF Desa Negara) pada Khamis.

Najib berkata, khidmat MRT akan memudahkan lebih dari 500,000 pengguna setiap hari, dan akan meningkatkan produktiviti.

“Pelaksanaan sistem pengangkutan awam yang cekap adalah sangat penting kerana ia dapat menghubungkan laluan antara bandar dan luar bandar,” tambahnya.

MRT, Najib Razak

Artikel Lain