suria

Curi Motor Ganti Basikal

Basikal yang dipercayai ditinggalkan pencuri motosikal tersebut.

PETALING JAYA: Seorang bilal yang mahu ke masjid 'dikejutkan' dengan hadiah sebuah basikal oleh seseorang, dipercayai suspek yang melarikan motosikal miliknya.

Insiden itu dikongsi pengguna Facebook, Khairudin Shaary, dipercayai anak kepada bilal tersebut.

Khairudin mengecam tindakan pencuri tersebut yang tergamak menukar motosikal jenis Yamaha EX5 berwarna biru milik bapanya dengan sebuah basikal pada bulan yang mulia ini.

"Wahai pencuri, tergamak kau curi moto dan tukarkan dengan basikal ni. Ingat ni zaman paleolitikkah main sistem barter.

"Motor tu ayah aku buat pi masjid nak azan dan pi mengai haruan cari rezeki. Moto bilal masjid pun kau nak rembat bulan-bulan puasa ni," tulisnya.

Lokasi kejadian dipercayai berlaku di Pulau Pinang.

Khairudin turut mendedahkan nombor pendaftaran motosikal yang hilang itu iaitu PEE 2763.

Posting itu turut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Ada diantara mereka yang berang malah ada juga menganggap insiden itu sebagai sesuatu yang melucukan.

Shabana Zahrawani berkata:"Dah cam cite P.Ramlee plak... penyamun tukar vespa ngan gerek cabok dia... hihi. Semoga Allah permudahkan urusan saudara jumpa balik harta tu. Dah la bulan puasa... ish...ish.

Suhaimi Said pula berkata:"Sabar atas dugaan... Insya-Allah... moga diberi petunjuk dan hidayah pada si pencuri tu."

curi motosikal, bilal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain