suria

Masalah Teknikal Punca MH3 London-KL Tertunda

PETALING JAYA: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH3 dari London ke Kuala Lumpur tertunda selama sekurang-kurangnya 12 jam berikutan masalah teknikal.

Penerbangan itu sepatutnya dijadualkan berlepas pada pukul 10.25 pagi dari London pada Isnin dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.45 pagi hari berikutnya.

Menurut MAS, "bahagian yang diperlukan" tidak didapati di London dan sedang mendapatkannya dari Paris.

"Syarikat penerbangan sedang bekerjasama dengan jurutera dari British Airways bagi menyelesaikan isu ini dan akan memaklumkan para penumpang mengenai waktu perlepasan baharu secepat mungkin sebaik masalah teknikal diselesaikan," kata MAS dalam satu kenyataan pada Isnin.

MAS menjangkakan kelewatan sekurang-kurangnya 12 jam berikutan satu peraturan di Lapangan Terbang Heathrow di London dan bagi membolehkan tempoh rehat minimum untuk kru yang bertugas.

Tambah syarikat penerbangan itu, para penumpang disediakan kemudahan penginapan, dan sebahagiannya akan dipindahkan ke penerbangan MH1 yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow pada pukul 9.35 malam Isnin.

"Keselamatan merupakan keutamaan Malaysia Airlines dan melahirkan rasa kesal di atas kesulitan yang dialami," menurut MAS.

Syarikat penerbangan itu meminta penumpang merujuk kepada laman web www.malaysiaairlines.com bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai status penerbangan mereka.

MH3, Malaysia Airlines

Artikel Sebelum

Artikel Lain