suria

Aliran Trafik Bergerak Perlahan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama menuju ke ibu negara disebabkan pertambahan kenderaan petang Rabu.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik bagi laluan utara dilaporkan perlahan dari Sungai Dua menuju ke Perai, Bukit Tambun ke Jawi, Taiping ke Bukit Berapit dan Kuala Kangsar ke Terowong Menora.

“Kenderaan juga perlahan di kawasan Ipoh ke Simpang Pulai, Tapah ke kawasan Rehat dan Rawat Tapah, Bidor ke Sungkai dan Sungai Buaya ke Rawang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata aliran trafik di laluan selatan pula hanya perlahan di Ayer Keroh menuju ke Hentian Rehat Pedas Linggi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik perlahan dari Bentong Barat menuju ke Bukit Tinggi manakala laluan lain di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih terkawal dan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Aliran Trafik

Artikel Sebelum

Lelaki Cuba Kelar Anak

Artikel Berikut

Artikel Lain