suria

Aliran Trafik Mulai Perlahan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama mula perlahan akibat pertambahan jumlah kenderaan setakat tengah hari Rabu.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkataaliran trafik bergerak perlahan di ChangkatJering ke Bukit Berapit, kawasan Rehat dan Rawat (RnR) SungaiPerak menuju ke Terowong Menora dan Hentian Simpang Pulai ke Gopeng.

"Trafik juga perlahan di Sungai Petani Selatan ke Bertam susulan kemalangan melibatkan dua kenderaan di KM 14.6, katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkataaliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur masih lancar.

Aliran trafik bagi Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih lancar dan terkawal di kedua-dua arah, katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter diwww.twitter.com/llminfotrafik.




PLUS, Aidilfitri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain