suria

Awas! Imigresen Gempur Pati

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan melaksanakan operasi gempur besar-besaran di seluruh negara bermula tengah malam ini bagi mengesan pendatang tanpa asing (Pati) selaras dengan tamatnya tempoh permohonan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad), Jumaat.

Ketua Pengarahnya,Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya ternyata kecewa dengan sikap berlengah majikan yang tidak membuat pendaftaran dengan lebih awal walaupun program tersebut telah dilancarkan sejak 15 Februari lalu.

Beliau berkata setakat jam 8 pagi ini,hanya 23 peratus iaitu 155,680 Pati melibatkan 26,957 majlikan telah membuat permohonandan sebanyak 140,746 E-Kad telah dikeluarkan, jumlah yang jauh lebih rendah daripada sasaran asal 600,000 Pati.

Menurutnya, warga Bangladesh adalah warganegara Pati yang tertinggi mendaftar E-Kad diikuti Indonesia, Myanmar dan Nepal.

"Saya sudah tegaskan banyak kali bahawa tarikh akhir pendaftaran adalah pada 12 tengah malam ini, dan iatidak akan di sambung," katanya pada sidang media, di sini, Jumaat.

Mustafar berkata selepas tempoh tersebut selain tangkapan ke atas Pati, majikan juga akan dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan melindungi serta menggaji Pati mengikut Seksyen 56(1) dan Seksyen 55B di bawah Akta Imigresen 1959/1963 termasuk menggaji warga asing yang menyalahgunakan pas pelajar mereka.

Tinjauan media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresendi sinihariini mendapatiia masih lagi sesak sejak semalam dengan kehadiran majikan dan Pati memilih untuk tampil mendaftar E-Kad pada saat-saat akhir.

Katanya, walaupun permohonan ditutup pada jam 12 tengah malam ini, tetapi  pegawai terpaksa bekerja sehingga 7 pagi esok bagi memproseske semua dokumen yang sedia ada.

Malah, katanya, atas kapasiti yang terbatas, permohonan majikan yang datang ke pejabat Imigresen selepas 11.30 pagi tadi terpaksa diketepikan terlebih dahulu bagi pihaknya memproses kesemua permohonan yang sedia ada.

Mustafar turut memaklumkan pihaknya menahan beberapa orang, yang didakwa sebagai ejen,yang mengambil kesempatan dengan mengeluarkan E-Kadpalsu.

Katanya, permohonan E-Kad perlu diuruskan sendiri oleh majikan tanpa melibatkan orang tengah.-- Bernama

Pati, Imigresen, Mustafar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain