suria

SPRM Siasat Alat Radar Tentera Hilang

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menghantar pasukan penyiasat meneliti dakwaan kehilangan peralatan radar tentera di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Tindakan susulan itu diputuskan berikutan aduan yang diterima pihaknya melibatkan kehilangan kontena mengandungi peralatan berteknologi tinggi itu.

"Siasatan perlu dilakukan sebelum tindakan lanjut diambil.

"Pasukan penyiasat akan menilai maklumat-maklumat yang diperolehi untuk mengenal pasti sama ada wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kejadian tersebut," kata badan pencegah rasuah itu dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut kenyataan itu lagi, SPRM akan mengambil keterangan  beberapa pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi membantu siasatan.

Selain itu, SPRM juga akan bekerjasama dengan pihak polis yang turut menjalankan siasatan ke atas dakwaan kehilangan peralatan radar tentera berteknologi tinggi tersebut.

"Bagaimanapun, siasatan SPRM hanya akan tertumpu kepada elemen rasuah dan salah guna kuasa dan tidak akan campur tangan dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak polis," kata SPRM.

Tanjung Pelepas, SPRM, radar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nasib Baik Sempat Lompat!

Artikel Lain