SEBUAH video membabitkan seorang anggota kastam didakwa gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika melakukan pemeriksaan terhadap sekumpulan wanita dipercayai berlaku di salah satu pintu masuk ke negara ini. Menerusi rakaman berkenaan, wanita terbabit dilihat enggan mematuhi arahan anggota kastam apabila diminta membuat kiraan barangan miliknya ketika melalui pintu sempadan.