suria

Pencemaran Bahan Larut Resap Perlu Ditangani

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

PETALING JAYA: Masalah bahan larut resap yang perlu ditangani dengan menambahbaik spesifikasi rekaan dan lokasi tapak pelupusan di negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, terdapat keperluan untuk mencari penyelesaian yang holistik bagi memastikan keselamatan sumber air mentah.

Satu pertemuan antara kementerian dan exco-exco kerajaan negeri yang bertanggunjawab terhadap alam sekitar akan diadakan tidak lama lagi.

"Saya akan memastikan Jabatan Alam Sekitar membentangkan kertas cadangan," katanya kepada The Star pada Ahad.

"Kita akan membincangkan apa yang semua boleh lakukan. Kita bukan hanya melihat pada tapak pelupusan, bahkan kita juga akan meninjau ladang kelapa sawit yang berhampiran dengan sungai bagi memastikan sumber air kita dilindungi," katanya.

"Industri perlu diteruskan tetapi ia mesti mesra alam sekitar."

Dr Wan Junaidi berkata, tapak pelupusan di bawah kuasa majlis tempatan tetapi kebanyakannya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan kementerian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain