suria

Pembantu Adun DAP Didakwa Cabul Pelajar

Gambar hiasan.

GEORGE TOWN: Seorang pembantu kepada ahli dewan undangan negeri (ADUN) DAP direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan serangan seksual terhadap seorang pelajar.

Timbalan pendaftar mahkamah, Ahmad Tajudin Zain mengeluarkan perintah reman terhadap suspek pada Jumaat.

Suspek yang merupakan bekas ahli majlis bandar raya Pulau Pinang ditahan pada pukul 9.30 malam Khamis.

Dia dibawa ke mahkamah pada pukul 10.38 pagi dan beredar pada pukul 11.50 pagi.

Pembantu kepada seorang Adun DAP tersebut didakwa mengadakan serangan seksual ke atas seorang pelajar kolej berusia 21 tahun yang bekerja separuh masa sebagai pelayan.

Insiden dikatakan berlaku di kawasan parkir di sebuah premis hiburan di Beach Street pada malam 6 Julai lalu.

Pelajar yang membuat laporan polis keesokan harinya mendakwa lelaki berkenaan yang mabuk bertindak memeluk dan menciumnya beberapa kali sebaik sahaja mereka memasuki kereta.

Mangsa turut mendakwa suspek berusia dalam lingkungan 40an itu memegang bahagian kemaluannya.

Malah dakwanya, suspek membuka zip seluar dan meminta mangsa melakukan seks oral dan mula melakukan onani.

Mangsa juga mendakwa lelaki berkenaan menawarkan antara RM500 dan RM700 untuk bermalam bersamanya tetapi dia enggan berbuat demikian dan merayu supaya menghentikan perbuatannya.

Pelajar terbabit memberitahu, pembantu itu kemudiannya memandu keretanya.

Polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang seseorang dengan niat untuk mencabul kehormatannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain