suria

Hantar Gambar Lucah, Jurujual Didenda

KUALA LUMPUR: Gara-gara menghantar gambar lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menerusi aplikasi Wechat, seorang jurujual didenda RM2,500 oleh  Mahkamah Majistret di sini, Selasa.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Rizki Hamidasli, 35, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di  Taman Connaught , Cheras di sini, pada 12.15 pagi, 8 Julai lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang telah berkahwin dan mempunyai anak itu menjalani hukuman penjara empat bulan jika dia gagal membayar denda itu. Dia membayar denda.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun  atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia kesal dengan perbuatannya  itu, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Mengikut fakta kes, pada 10 Julai lepas, kakak mangsa yang berusia 33 tahun, memeriksa telefon bimbit adiknya dan mendapati tertuduh meminta gambar bogel mangsa dan dia juga mengajak mangsa untuk melakukan seks di hotel.

Hasil siasatan polis, tertuduh juga mengaku ada menghantar gambar kemaluan  dan meminta gambar kemaluan mangsa.-- Bernama

Wechat, Taman Connaught

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bergadai Nyawa Demi Tayar

Artikel Lain