suria

Saya 'Top Dog' Pakatan Harapan - Tun M

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau memegang jawatan utama dalam Pakatan Harapan berdasarkan pelantikannya sebagai pengerusi gabungan parti pembangkang itu.

"Saya adalah salah seorang pemimpin, saya akan mempengerusikan majlis presiden dan dalam hierarki Pakatan, saya adalah 'top dog' (pemimpin utama) di sanalah," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, Selasa.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), menjawab soalan sama ada kedudukannya sama taraf dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli politik veteran itu baru-baru ini dilantik sebagai pengerusi Pakatan, bersama bekas musuhnya, penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa semua orang dalam pakatan itu berada pada kedudukan "sama rata antara satu sama lain".

Beliau memberitahu bahawa sesebuah negara tidak boleh mempunyai tiga orang perdana menteri pada masa yang sama.

"Sekarang, hanya ada satu perdana menteri. Ada keperluan pemimpin untuk memimpin parti masing-masing," katanya sambil menambah tidak ada masalah di antara beliau dan Dr Wan Azizah dari segi hierarki.

"Malah di PPBM, kami mempunyai pengerusi dan presiden, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi adakah kita bertelagah antara satu sama lain? Tidak," katanya.

Terdahulu pada sidang akhbar itu, Dr Mahathir mencabar perdana menteri untuk berdebat, sambil menambah ia boleh menjadi peluang bagi kedua-dua mereka untuk membersihkan nama masing-masing.

Debat 'The Nothing To Hide 2.0' dicadang pada 13 Ogos di Shah Alam.

Top Dog, Dr Mahathir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain