suria

Abang Ditahan Disyaki Rogol Tiga Adik

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Seorang remaja ditahan kerana disyaki melakukan sumbang mahram dengan tiga adiknya di Sungai Layar, Sungai Petani.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superitenden Saifi Abdul Hamid berkata, suspek yang berusia 18 tajun itu ditahan selepas seorang mangsa yang berusia lapan tahun memaklumkan kejadian itu kepada ibu mereka.

"Pada pukul 9 pagi semalam, mangsa telah memaklumkan kepada ibunya yang berumur 39 tahun bahawa pada 19 Julai lalu abangnya telah menariknya masuk ke dalam tandas di sebuah rumah kosong berdekatan rumah mereka sebelum memaksanya melakukan hubungan seks.

“Suspek dikatakan turut mengugut untuk memukul adiknya sekiranya dia memberitahu perkara tersebut kepada orang lain,” katanya dalam satu kenyatan pada Jumaat.

Saifi berkata sebelum ini dua lagi mangsa yang berusia sembilan dan 14 tahun pernah memberitahu ibu mereka bahawa suspek telah melakukan perkara yang sama terhadap mereka, namun ibu mangsa tidak membuat laporan polis.

"Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut," katanya. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain