suria

Pesawat AirAsia Ke Cochin Patah Balik Ke KLIA2

PETALING JAYA: AirAsia mengesahkan penerbangan AK37 ke Cochin, India dari Kuala Lumpur berpatah balik ke KLIA2 pada Sabtu pagi susulan masalah teknikal.

Pesawat berlepas dari Cochin pada pukul 6.25 pagi dan kembali ke lapangan terbang kira-kira dua jam kemudian.

Menurut AirAsia, pesawat itu mendarat dengan selamat, bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai isu teknikal yang dihadapi.

Difahamkan, penerbangan itu dijadualkan semula untuk berlepas pada pukul 3.45 petang.

"Buat masa ini, kebajikan semua penumpang mendapat  perhatian rapi AirAsia," katanya yang turut memohon maaf di atas kejadian itu.

AirAsia, Cochin

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan