suria

Empat Cedera Tembok Runtuh Akibat Tangki Air Pecah

KUANTAN: Empat cedera, manakala tiga kereta dan beberapa motosikal rosak akibat runtuhan tembok konkrit susulan tangki air pecah di atas bangunan Kompleks Teruntum, di sini tengah hari, Ahad.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 tengah hari.

Runtuhan tembok dan air melimpah dari tingkat empat bangunan jatuh mengenai mangsa dan kenderaan terlibat.

Kerja-kerja penutupan kawasan kejadian sedang dilakukan anggota bomba dan penyelamat Balai Kuantan dan proses mengalihkan kenderaan yang terjejas turut dilakukan.

Kompleks Teruntum

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain