suria

Pakatan Harapan Selesai Kemukakan Pendaftaran Ke RoS

Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan selesai mengemukakan permohonan pendaftarannya kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) secara atas talian.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kaedah itu diambil atas kehendak RoS sendiri.

"Kita harap tidak ada masalah, namun jika memerlukan pembetulan, kami bersedia melakukannya," katanya dalam satu sidang media di Parlimen, Isnin.

Melalui perlembagaan itu, Pakatan Harapan telah menampilkan kepimpinan baru, logo dan perlembagaan dalam usaha untuk mendaftar dan bertanding di bawah satu simbol pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu, Mahathir juga turut memaklumkan Pakatan Harapan juga menubuhkan jawatankuasa pilihanraya.

"Jawatankuasa ini akan dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala wakil daripada parti-parti lain akan dikenali sebagai timbalan," katanya.

Turut dilantik jawatan Biro Penerangan yang disandang oleh Tony Pua, manakala biro guaman, Gobind Singh Deo.

Selain itu jawatankuasa Sabah dan Sarawak juga akan diwujudkan, begitu juga sayap angkatan pemuda dan wanita.

"Semuanya akan disahkan dalam mesyuarat majlis presiden akan datang," katanya. - Sinar Online

Pakatan Harapan, RoS

Artikel Sebelum

Artikel Lain