KUALA LUMPUR: Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Reef North, Layang-layang dan Palawan sehingga Jumaat ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyatakan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. Selain itu, ribut petir di perairan Kelantan dan Pahang berterusan sehingga lewat malam Isnin, kata jabatan itu dalam satu kenyataan. - Bernama