suria

KPN: Memalukan, Bukan Budak-Budak Lagi

Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Memalukan, itulah gambaran Tan Sri Khalid Abu Bakar terhadap insiden pergaduhan antara Pemuda Umno dan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Selasa lalu.

"Mereka dah dewasa, bukan budak-budak lagi. Perkara seperti itu memalukan," kata ketua polis negara kepada pemberita di Bukit Aman pada Khamis.

Seramai 11 orang disoal siasat polis berhubung insiden pada 24 Julai lalu apabila sayap pemuda kedua-dua parti menuduh masing-masing sebagai samseng selepas pertembungan berlaku.

Pemuda Umno dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bertembung di hadapan pusat membeli-belah Sunway Putra menuju ke PWTC, berpunca dari tindakan Armada yang mahu menghantar jemputan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0  yang bakal diadakan pada bulan depan.

Forum tersebut akan disertai Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Artikel Sebelum

Artikel Lain