suria

2,000 Sertai 'Ride for Malaysia'

SEPANG: Program ‘Ride for Malaysia’ yang dianjurkan Kumpulan Media Star dan Sunsuria Bhd, menyaksikan penyertaan seramai 2,000 orang di Sunsuria City di sini, Ahad.

Acara yang bermula pada pukul 5.45 pagi, Celebration Centre@Sunsuria City dipenuhi pelbagai tetamu dari pelbagai peringkat umur.

Penyampai radio, Brian Chen dari SuriaFM dan Cynthia Tan dari radio 988 bersama-sama dengan orang ramai menyanyikan lagu Negaraku sebelum peserta bersiap sedia untuk berbasikal.


Acara berbasikal sejauh 30 kilometer itu dirasmikan oleh Pengerusi Kumpulan Media Star, Datuk Fu Ah Kiow dan Pengerusi Eksekutif, Datuk Ter Leong Yap.

Turut serta adalah Pengarah Urusan Kumpulan bagi Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Sunsuria, Koong Wai Seng.


Chun Wai berkata: “Sesuatu yang baik menyaksikan rakyat Malaysia dari pelusuk negeri datang ke Sunsuria City, Sepang untuk mengambil bahagian dalam acara ini."

“Ia menunjukkan semangat rakyat dalam menyokong dan menjayakan program 'Ride for Malaysia'. Ia juga menunjukkan kepelbagaian kaum dan bangsa di negara ini untuk berbasikal buat Malaysia," katanya sambil berharap acara seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada tahun depan.

Ride for Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain