suria

FIC: SPRM Tahan Dua Individu Bantu Siasatan

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation.

Suspek yang ditahan adalah seorang peguam dan pembantu wanita yang disyaki terlibat menguruskan proses dokumentasi perjanjian jualbeli di antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelumnya dijual kepada FIC.

Suspek pertama adalah seorang peguam berusia 44 tahun yang beroperasi di Kuala Lumpur manakala suspek wanita berusia 29 tahun adalah pembantu perundangan firma undang-undang itu.

Kedua-dua mereka ditahan sekitar jam 4 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sumber berkata, peguam tersebut juga mempunyai kaitan dengan pemilik syarikat yang membuat urusan jual beli hotel dengan FIC.

Manakala suspek wanita pula dipercayai turut memainkan peranan penting terlibat dalam menandatangani perjanjian jual beli itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Dato Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau  juga tidak menolak kemungkinan akan ada lebih ramai lagi individu yang akan ditahan selepas ini.

Kedua-dua suspek ini akan direman di mahkamah Putrajaya pada Jumaat untuk membantu siasatan.

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Lain