IPOH: Pengusaha inap desa didenda RM10,000 kerana menghina lapan pelanggannya dengan merakamkan mereka dalam keadaan bogel di bilik air. Lim Lai Heng, 45 di dakwa melakukan perbuatan itu mengguna kamera litar tertutup (CCTV) tersembunyi di bilik air aras atas Ipoh Garden Homestay di 31 Jalan Pekeliling Tasek, Canning Garden antara 2.30 petang dan 11.30 malam pada 27 Julai 2014. Lai Heng pada awalnya mohon dibicarakan terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan pada November 2014 dan dibebaskan dan dilepaskan November lalu. Susulan rayuan yang dikemukakan pendakwa raya Khamis lalu, Lai Heng didapati bersalah melakukan kesalahan itu. Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan tertuduh supaya mengemukakan pembelaan. Lai Heng mengaku bersalah apabila kes berkenaan dihadapkan di hadapan Majistert, Siti Salwa Ja'afar pada Khamis. Mangsa yang semuanya sembilan wanita berusia antara 17 dan 53 tahun ketika kejadian itu berlaku.