suria

Wanita Maut Di LPT

Mangsa memandu seorang diri di Lebuhraya Pantai Timur dan dipercayai gagal mengawal keretanya. - Gambar hiasan

MARAN: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabas di Kilometer 183, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Mazlan Hassan berkata dalam kejadian pukul 8.50 pagi itu, mangsa Noorazuraini Razali, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Mangsa yang memandu seorang diri dipercayai gagal mengawal keretanya lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar tebing sehingga terbalik sebelum jatuh ke dalam longkang," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Kemalangan itu menyebabkan kereta Proton Satria Neo yang dipandu mangsa remuk teruk pada bahagian hadapan dan belakang.

Mazlan berkata mayat mangsa yang berasal dari Rompin dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

LPT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain