KELIBAT dua buah kereta menggunakan laluan khas untuk motosikal di Lebuhraya Persekutuan mengundang pelbagai kritikan netizen selepas video mengenainya dimuat naik di Facebook sejak Sabtu lalu. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada mereka bertindak dengan sengaja atau tersalah memasuki lorong berkenaan hingga mengganggu penunggang motosikal yang lain.