suria

SPRM: Pegawai Tentera Direman Bantu Siasatan

SEREMBAN: Mahkamah Khas Reman di Mahkamah Sesyen Seremban, membenarkan seorang pegawai tentera berpangkat Mejar direman selama tujuh hari, bagi membantu siasatan berhubung kes memperakukan tuntutan palsu bernilai RM457,433.

Suspek berusia 35 tahun yang bertugas di Kem Sikamat di sini direman bermula Jumaat selepas ditahan kira-kira pukul 2.47 petang Khamis, selepas menyerah diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Ramli Ismail suspek bertugas sebagai Ketua Unit di Rejimen ke-4 Artileri Diraja Kem Sikamat dan pada tahun lepas disyaki terlibat dalam urusan memperakukan tuntutan palsu elaun perjalanan dari tempat kediaman ke tempat bertugas untuk anggota-anggota yang tinggal di luar kem sedangkan merekat tidak layak membuat tuntutan kerana telah terlibat dalam operasi latihan dan tidak pernah membuat tuntutan berkenaan.

Bayaran ke atas tuntutan itu dibuat melalui cek tunai dengan jumlah keseluruhan tuntutan yang terlibat bagi tahun 2016 sebanyak RM457,433.- Bernama

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain