suria

Lori Tangki Terbalik: Laluan Dibuka Semula

Laluan antara Senawang dan Pedas Linggi di Lebuhraya Utara Selatan akan dibuka secara berperingkat.

PETALING JAYA: Laluan di lebuh raya berhampiran plaza tol Senawang yang ditutup sementara bagi kerja-kerja pembersihan tumpahan asid kini dibuka semula.

PLUS mengumumkan laluan antara Senawang dan Pedas Linggi di Lebuhraya Utara Selatan akan dibuka secara berperingkat, sejak pukul 1.10 tengah hari Sabtu.

"Pemandu yang dalam perjalanan ke utara dan selatan boleh menggunakan jalan tersebut seperti biasa.

"PLUS ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna jalan raya di atas kerjasama dan keprihatinan mereka. Kami juga memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku akibat penutupan tersebut," menurut kenyataan PLUS.

PLUS turut menasihatkan agar para pengguna jalan raya mengikuti kemaskini perkembangan trafik menerusi akaun Twitter @PLUSTrafik atau melalui aplikasi Waze dan Google Map.

Terdahulu, seorang pemandu lori tangki yang membawa muatan sebanyak 25,000 liter asid kimia maut, manakala dua parah dalam kemalangan antara sebuah lori dan sebuah kereta, awal pagi Sabtu.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat negeri Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kemalangan pada 3 pagi di KM251.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran tol Senawang itu mengakibatkan lori tangki berkenaan terbalik.

lori tangki terbalik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain