suria

Penganggur Potong Lidah, Cuba Terjun Bangunan

KOTA KINABALU: Tidak tahan dengan bebelan  ibu bapanya, seorang lelaki penganggur bertindak memotong lidahnya dan mengugut untuk terjun dari sebuah bangunan.

Lelaki tempatan berusia 22 tahun itu telah memotong lidahnya dengan pisau dan nyaris melompat melalui tingkap di tingkat dua bangunan di Alamesra dekat sini tetapi berjaya dihalang oleh sepupunya.

Sepupunya berjaya merampas pisau daripada lelaki berkenaan dan menghalangnya daripada terjun dari bilik sewanya dalam kejadian jam 11 pagi Rabu.

Dia kemudian menelefon ambulans. Lelaki itu menerima tujuh jahitan di lidahnya.

"Menurut sepupunya, lelaki itu telah berkelakuan aneh dan resah kira-kira seminggu sebelum kejadian itu.

"Bagaimanapun, dia tidak mahu berkongsi masalahnya dengan sesiapa dan kadang-kadang didengar bercakap dengan diri sendiri," kata Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra.

Beliau berkata polis difahamkan bahawa lelaki itu tertekan dengan ibu bapanya yang menganggap dirinya tidak bertanggungjawab.

Chandra berkata, polis merampas sebilah pisau dapur berukuran 10 inci yang dipercayai digunakan oleh mangsa untuk memotong  lidahnya.

Kes itu sedang disiasat kerana cubaan bunuh diri yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Mereka yang menghadapi masalah atau menghadapi kemurungan boleh menghubungi Befrienders Kota Kinablu di 088-255788 untuk membincangkan mengenai masalah mereka.

bunuh diri, potong lidah

Artikel Sebelum

Artikel Lain