PETALING JAYA: Kecoh apabila kumpulan pemandu GrabCar dan Uber baru-baru ini mendakwa mereka sering 'diganggu' oleh hantu berbibir besar. Dalam satu posting di Facebook, seorang pemandu GrabCar yang menggunakan nama Nizal Cool telah berkongsi pengalamannya yang dihubungi 'hantu' ketika mencari penumpang di sekitar Puchong. Selain berbibir besar, dia juga menggambarkan 'hantu' tersebut bersusuk tubuh badan besar, sangat hitam dan berambut kerinting. Bagaimanapun, setelah disiasat 'hantu' yang dimaksudnya pemandu berkenaan dipercayai merujuk kepada sekumpulan penumpang warga Afrika yang sering menimbulkan masalah kepada pemandu-pemandu 'e-hailing'. Posting tersebut yang ditulis secara sinis di status Facebooknya telah mendapat maklum balas daripada pemandu-pemandu lain yang turut merungut berdepan masalah apabila membawa penumpang dari kelompok yang sama. Antara masalah yang didakwa timbul termasuklah sering meminta pemandu mengambil rakan mereka yang lain di lokasi lain, membiarkan pemandu menunggu lama, tidak menghormati pemandu, mambayar tambang yang murah dengan wang besar dan lain-lain lagi. Berdasarkan postingnya, Nizal Cool berkata dia sudah mengelak daripada mengambil penumpang ini dengan cara memeriksa nama penumpang sebelum menekan butang 'accept job'. "Nasihat saya untuk rakan-rakan semua cubalah elakkan diganggu hantu syaitan dan rakan-rakannya seperti saya. Hidup anda akan kembali ceria semula," tulisnya. Dalam pada itu golongan ini juga diberi gelaran 'mapren' oleh kumpulan pemandu yang dipercayai bermaksud 'my friend'. Seorang pemandu lain juga telah memberikan tips kepada rakan-rakan pemandu yang masih mahu mengambil penumpang jenis ini.