suria

Menu Seimbang Jemaah Wukuf

ARAFAH: Aspek pemakanan untuk jemaah haji antara yang penting bagi memastikan mereka dapat menjalani ibadat dengan lancar terutama sepanjang tempoh wukuf.

Memasuki 9 Zulhijah, sekali gus bermakna kemuncak ibadat haji tiba lagi di mana jemaah haji dari seluruh dunia kini berkumpul di Padang Arafah.

Pergerakan lebih lima juta jemaah ke sini bermula sejak Rabu pagi  secara  berperingkat.

Wukuf di Arafah adalah kemuncak ibadat haji dan adalah rukun kedua  ibadat itu.

Tinjauan  ke maktab 88 mendapati kakitangan pengendali  makanan sibuk menyiapkan makanan untuk hampir 3,000 jemaah di maktab berkenaan.

Mereka  mula memasak selepas  Subuh untuk hidangan tengah hari manakala untuk makan malam,  mereka mula memasak  sebelum  waktu  Zuhur.

Makan tengah hari  mula diagihkan selepas jemaah  menunaikan solar Zuhur.

Lazimnya,  makanan dipek iaitu nasi putih,  daging  atau  ayam dan  sayur.

Jemaah turut dibekalkan  dengan air mineral,  buah-buahan dan  jus  buah.

Sebahagian besar jemaah haji dari Malaysia mula bergerak ke bumi Arafah sejak Rabu tetapi ada juga meninggalkan penginapan mereka pada pagi ini.

Selepas Maghrib pada Khamis, jemaah berangkat ke  Muzdalifah  untuk bermabit dan mengutip anak batu dan  seterusnya ke Mina untuk melontar jamrah.

Tahun ini, lebih 30,000 umat Islam  di Malaysia berpeluang menunaikan ibadat haji berikutan kuota  tambahan  yang diberikan kepada Malaysia. 


Padang Arafah, wukuf

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wow! Dia Seluk Mulut Buaya

Artikel Lain