JOHOR BAHRU: Atlet Johor yang memenangi pingat dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) layak menerima insentif, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Menteri Besar berkata atlet dari Johor akan menerima ganjaran mengikut garis panduan negeri itu. Atlet Johor memenangi 18 pingat emas, 17 perak dan tujuh gangsa pada temasya dwitahunan itu. Bercakap pada majlis makan tengah hari di sini Ahad, Mohamed Khaled juga memuji atlet Sukan SEA di atas usaha keras mereka yang membantu negara memenangi 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.