suria

Viral: Jakim Nafi Ayam Tidak Sembelih

Keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih sebenarnya terkesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam. - Sinar Harian

SEJAK beberapa hari lalu, kecoh di Facebook mengenai video yang mendakwa sebuah pasar raya besar di sekitar Shah Alam menjual daging ayam yang tidak disembelih.

Salah seorang pengguna yang merakam video tersebut menunjukkan keadaan ayam yang dibelinya yang didakwa ia tidak disembelih sebaliknya hanya ditarik kepalanya sehingga putus.

“Tidak ada kesan sembelih melainkan kepalanya ditarik,” katanya menerusi video tersebut.

Pada masa sama, pengguna itu turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak membeli daging ayam di pasar raya tersebut walaupun jenama tempatan itu ia mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Bagi menjelaskan situasi sebenar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya terkesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller).

Menurutnya, tindakan itu telah menyebabkan kulit leher ayam tertarik panjang dan menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.

“Produk ayam jenama PTS tersebut adalah dari pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

”Pengguna tidak perlu gusar dengan tular tersebut dan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih produk yang berada di pasaran dan sentiasa mengutamakan premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toyyiban,” katanya. - Sinar Harian

Jakim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain