PUTRAJAYA: Seorang bapa berusia 36 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 48 tahun dan 24 sebatan kerana didakwa dengan 623 pertuduhan sumbang mahram, serangan seksual dan liwat terhadap anak perempuan berusia 15 tahun, termasuk meliwat mangsa di Makkah. Hakim Mahkamah Jenayah Seksual terhadap Kanak-kanak, Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman tersebut selepas bapa tiga anak perempuan itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut pada Jumaat. Yong Zarida menjatuhkan hukuman penjara kepada lelaki itu selama 28 tahun kerana melakukan sumbang mahram, serangan seksual fizikal tanpa persetubuhan dan mengabaikan dan mendera anak secara seksual. Beliau turut menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun penjara di atas tuduhan meliwat mangsa. Hakim memerintahkan hukuman dijalankan bermula 26 Julai lalu, pada hari tertuduh ditangkap. Lelaki yang merupakan ejen unit amanah itu menghadapi 591 pertuduhan kerana meliwat anak perempuannya, 30 pertuduhan kerana seksual secara fizikal, dan satu lagi pertuduhan kerana mendera mangsa. Dia didakwa meliwat anak perempuannya tiga kali antara Januari dan Julai tahun ini, kecuali dua hari sebelum Ramadan dan hari pertama sebelum bulan puasa itu pada Mei lalu. Insiden berlaku di kediaman mereka di Petaling Jaya. Berdasarkan fakta kes, tertuduh meliwat anak perempuannya buat pertama kali semasa mereka mengerjakan Umrah di Makkah pada 3 April 2015. Tertuduh tidak diwakili peguam, manakala Notdalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin merupakan timbalan pendakwa raya.