suria

Azmin Umum Struktur Kepimpinan Pakatan Harapan Selangor

PETALING JAYA: Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan barisan kepimpinan Pakatan Harapan Selangor selepas mesyuarat pertama gabungan itu.

"Mesyuarat pagi ini fokus kepada pembentukan struktur kepimpinan Pakatan Harapan Selangor yang bukan sahaja terdiri daripada semua parti komponen tetapi semua bangsa termasuk pemimpin wanita," kata Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Azmin akan mengetuai Pakatan Harapan Selangor sebagai pengerusi dengan dibantu empat timbalan pengerusi iaitu Tony Pua (DAP), Izham Hashim (Amanah), Datuk Abdul Rashid Asari (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan R. Sivarasa (PKR).

Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai setiausaha dan dibantu, Kamarul Hisham (PPBM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh dilantik sebagai bendahari.

Sementara itu, Dr Sukiman Sarmani (PPBM) dinamakan sebagai pengarah penerangan manakala Dr Xavier Jayakumar (PKR) pula dilantik sebagai pengarah pilihan raya.

Saari Sungib (Amanah) pula dilantik sebagai pengerusi manifesto negeri manakala Gobind Singh Deo (DAP) dinamakan sebagai pengerusi biro guaman.

Azmin berkata mesyuarat pertama Pakatan Harapan Selangor yang dipengerusikannya dihadiri pemimpin DAP, Amanah dan PPBM.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain