suria

Lebih 20 Maut Pusat Tahfiz Terbakar

Foto Twitter Bomba.

KUALA LUMPUR: Lebih 20 dipercayai maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, awal pagi Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 5 pagi Khamis.

"Berdasarkan maklumat awal kami, lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dipercayai terkorban dalam kebakaran itu.

Foto Twitter Bomba.

"Anggota kami masih berada di lokasi kejadian setakat ini," katanya.

Video awam menunjukkan tingkat paling atas di bangunan tiga tingkat pusat tahfiz itu masih terbakar ketika azan subuh berkumandang.

Difahamkan laluan di Jalan Keramat Hujung yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang ditutup susulan kejadian berkenaan.

Berita selanjutnya menyusul.

kebakaran, pusat tahfiz

Artikel Sebelum

Malang Berbau, Ubatnya Minum Susu

Artikel Berikut

Artikel Lain