suria

Beckham Kongsi Tip Kekal Sihat

KUALA LUMPUR: Dia kelihatan sihat dan cergas dalam tempoh 25 tahun bergelar pemain bola sepak profesional dan David Beckham kekal dengan imej tersebut semasa lawatannya ke Malaysia.

Sebagai bekas pemain bola sepak, Beckham, 42, tidak lagi terlibat dalam latihan yang ketat tetapi dia masih mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupannya.

"Saya membawa anak-anak ke taman kerana kami semua suka berbasikal. Dan pada musim panas, kami akan pergi ke Los Angeles dan pergi mendaki sekurang-kurangnya dua kali seminggu," katanya.

Jelas Beckham, mengekalkan gaya hidup sihat bukan hanya tentang senaman tetapi dia percaya pengambilan makanan yang sihat juga amat penting.

"Saya suka makan, jadi tiada apa yang perlu dielakkan. Tapi saya hanya ambil dalam kuantiti sederhana yang saya turut terapkan kepada anak-anak," kata Beckham yang juga suami kepada bintang pop Britain, Victoria.

Pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Brooklyn, 18, Romeo, 15, Cruz, 12, dan Harper, 6.

"Anda boleh menikmati makanan tradisi tetapi masaklah ia dengan cara yang sihat. Ia adalah perkara kecil yang boleh mencetuskan perbezaan ketara," katanya.

Beckham berada di Kuala Lumpur sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival, susulan pelantikannya sebagai Duta Global AIA pada Mac lalu.

Kuala Lumpur merupakan destinasi terakhirnya bagi jelajah mempromosikan kempen What's Your Why yang turut diadakan di Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura.

David Beckham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan