suria

Tanglung ‘Pak Pak’ Jadi Perhatian

Tanglung Pegasus.

TUJUH tahun lalu, warga emas yang berusia 81 tahun ini menemukan hobi baharu iaitu mereka tanglung.

Sejak itu, dia telah menghasilkan lebih 300 tanglung pelbagai warna yang berbeza antara satu sama lain.

Anaknya, Janice Looi, 37, berkata, bapanya amat gemar meluangkan masa menyiapkan tanglung tersebut.

"Bapa menggunakan imaginasi atau gambar, membentuk wayar secara berhati-hati untuk menghasilkan tanglung yang sempurna sebelum mengecatnya.

"Saya sifatkan bapa sebagai seorang yang berseni," katanya kepada The Star (MetroPerak) ketika bapanya sedang berehat.

"Dia juga seorang yang teliti dan hanya akan membuat tanglung ketika ada mood," katanya.

"Tapi dia sentiasa memberikan 100 peratus agar kanak-kanak tidak mudah membakarnya," tambah Janice.

Looi menunjukkan beberapa tanglung hasil kerja tangannya. - Yean Chee Hoong dan Facebook Tang Lung Pak Pak.

Antara rekaan tanglung yang dihasilkan adalah berbentuk ikan terbang, ikan todak, arnab, tupai, angsa dan helang.

Kata Janice, bapanya pernah bekerja sebagai tukang kunci ketika muda.

Bapanya belajar membuat tanglung ketika berusia 12 tahun.

Lelaki itu mula membuat banyak tanglung untuk cucu-cucunya sehingga tidak ada ruang untuk menyimpannya lagi.

"Ada yang diberikan kepada orang dan ada juga yang dijual.

"Tanglung ini mendapat perhatian orang ramai selepas mengetahui mengenainya daripada mulut ke mulut," katanya.

Populariti tanglung tersebut membuatkan rakan Janice mendaftar akaun Facebook khas bernama 'Tang Lung Pak Pak' dan menerima sambutan sangat menggalakkan.

Tanglung Pak Pak

Artikel Sebelum

Buaya Buat LDP Sesak

Artikel Berikut

Artikel Lain