suria

Gambar Militan Ditahan Hanyalah Latihan - Polis

KOTA KINABALU: Sekeping gambar polis menahan seorang anggota militan di bandar Semporna yang tular di media sosial hanyalah latihan semata-mata, kata polis.

"Tidak ada apa-apa, hanya latihan," kata Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Peter Umbas pada Jumaat.

Beliau berkata gambar penahanan yang dipercayai berlaku pada petang Rabu itu hanyalah latihan jenayah semata-mata.

Gambar dramatik itu tersebar di laman media sosial bersama dengan dakwaan bahawa polis telah menahan anggota militan di bandar pantai timur Sabah dengan tiga yang lain berjaya melarikan diri.

militan, Semporna

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Api Menjulang Ketika Khutbah...

Artikel Lain