suria

Bergilir Tendang Perut Tular Lagi

Rakaman menunjukkan pelatih ditendang oleh pegawai tentera senior pernah tular pada 2015 dan kini tular lagi sekali melaui Whatsapp.

PETALING JAYA: Sebuah video sekumpulan pegawai tentera menunggu giliran untuk ditendang di bahagian perut yang pernah tular dua tahun lalu sekali lagi mendapat perhatian netizen.

Rakaman berdurasi tiga minit itu menunjukkan pelatih tentera tanpa baju berdiri dalam barisan sebelum setiap seorang daripada mereka  ditendang oleh pegawai yang kelihatan lebih senior dan memiliki fizikal lebih besar.

Dalam video yang dipercayai dirakam di dalam hutan yang tidak diketahui lokasinya, beberapa pegawai kedengaran bertutur dalam bahasa Melayu.

Ia sekali lagi tular menerusi aplikasi Whatsapp susulan berita kematian dua tentera laut selepas mengikuti sesi latihan fizikal di Sitiawan, Perak pada Jumaat lalu.

tentera

Artikel Lain