suria

Disebalik Batang Pokok Nibung, Tersembunyi Syabu RM70,000

M. Chandra menunjukkan syabu yang dirampas pada sidang media di Kota Kinabalu, hari ini. foto NORMIMIE DIUN/The Star.

KOTA KINABALU: Polis menahan dua wanita selepas menemui satu kilogram syabu bernilai RM70,000 yang tersembunyi didalam batang pokok nibong yang digunakan sebagai tiang rumah di Pulau Gaya.

Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, ini adalah tangkapan paling besar pihaknya tahun ini.

Serbuan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Kampung Pondoh, pulau itu menjumpai dadah yang disimpan didalam tiga batang pokok nibung.

"Pokok nibung dipacakkan dari dasar laut hingga ke lantai rumah berkenaan, yang kelihatan seolah-olah tiang rumah.

"Bahagian hujung pokok nibung yang disambung ke lantai  rumah di perkampungan atas air itu, membuka satu ruang kosong," katanya.

Dua suspek wanita masing-masing berusia 36 dan 26 tahun yang juga ibu tunggal telah direman sehingga 9 Oktober.

Menurut Chandra, wanita berusia 36 tahun yang juga pemilik rumah berkenaan turut membawa polis ke tempat penyimpanan dadah yang mengandungi 33 paket kecil.

Polis juga merampas barang kemas, sebuah jam tangan dan dua telefon bimbit bernilai RM24,000.

Tambah beliau, suspek kedua tidak miliki sebarang dokumen, ditahan untuk siasatan lanjut."Suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

pokok nibung, syabu

Artikel Sebelum

Artikel Lain