suria

Reman Lagi! Boy Iman Bertukar Lokap

DATUK Nuruliman A Rahman atau Boy Iman direman dua hari lagi bermula Rabu, bagi membantu siasatan berkaitan penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Ini adalah penahanan kelima Pengarah Urusan DBI Properties itu sebelum ditahan reman di Ampang dan Shah Alam, Selangor; Muar, Johor dan Sungai Petani, Kedah.

Majistret Mahkamah Jitra, Abdul Hadi Hakimi Harun turut membenarkan perintah reman terhadap tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources termasuk seorang wanita berusia antara 30 hingga 45 tahun yang didakwa terbabit dengan kes sama.

Boy Iman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain