suria

Remaja Dakwa Dirogol, Lakukan Seks Oral

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mendakwa diserang secara seksual oleh pasangan suami isteri.

Difahamkan remaja tersebut dan teman lelakinya berusia 18 tahun tinggal bersama pasangan suami isteri itu.

Mereka bekerja di kedai pasangan suami isteri itu di Bandar Teknologi Kajang.

Menurut remaja itu, dia dirogol berulang kali oleh suspek lelaki dan turut dipaksa melakukan seks oral kepada wanita (isteri) manakala teman lelakinya dipukul setiap masa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pada permulaan siasatan mendapati teman lelakinya itu cuba melarikan diri pada September lalu.

Manakala remaja perempuan tersebut melarikan diri beberapa kali bulan ini.

"Remaja perempuan itu dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan. Mengikut pemeriksaan doktor, terdapat koyakan di bahagian sulitnya.

"Dia juga mengalami kecederaan di bahagian telinga kanan, leher, tangan dan kaki," jelasnya ketika dihubungi.

ACP Ahmad Dzaffir memberitahu, polis kini sedang memburu kedua-dua suspek dan kes disiasat kerana merogol dan mendatangkan kecederaan.

Remaja Dirogol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain