KUCHING: “Kak, adakah anda mahu lihat apa rakan dalam talian saya kata selepas saya muatnaik swafoto saya dalam talian?" satu mesej daripada Elizabeth Elida Edward muncul di skrin telefon saya. Remaja berusia 15 tahun yang mengalami lecur teruk akibat kebakaran di rumahnya 13 tahun lalu tidak pernah berkongsi gambarnya selepas insiden ngeri itu. "Apa mereka kata? tanya saya kepada Elizabeth yang mendedahkan tiada rakan-rakannya dalam talian tahu bagaimana paras wajahnya sebelum ini. Buat pertama kalinya, Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Girl memuatnaik gambar di profil WhatsAppnya. "Anda tidak lagi malu untuk mendedahkan wajah anda. Ia kelihatan anda bersyukur di atas rahmat yang diberikan Tuhan, tidak seperti orang lain yang menyunting gambar mereka sebelum dimuatnaik," tulis Elizabeth. Saya amat berbangga dengannya dan bertanya apa yang mendorongnya untuk berbuat demikian. "Saya lebih yakin selepas kisah saya disiarkan dan orang ramai membaca mengenainya," kata Elizabeth. Saya bertemu Elizabeth buat pertama kalinya di wad kanak-kanak Hospital Universiti Hallym Hangang Sacred Heart, Seoul pada 31 Julai lalu. Dia baring di atas katil ketika jururawat membetulkan titisan IVnya atau menulis nota bertanya soalan kepadanya dalam bahasa Inggeris dan Korea. Mereka bersedia melakukan pembedahan kedua terhadap Elizabeth. Sebelum jururawat menolaknya ke dalam bilik bedah, saya melihat ibu Elizabeth memegang erat tangan anak perempuannya dan berbisik sesuatu ke telinganya. Kemudian, Murni, 42, memberitahu saya Elizabeth amat takut kerana dia akan dibedah semula. Beberapa hari kemudian Elizabeth pulih daripada pembedahan yang dijalaninya. Dia menulis sesuatu pada telefon pintarnya menggunakan tangan kanannya. Tangan kirinya pula masih berbalut selepas menjalani pembedahan keduanya. Saya berasa gugup apabila diberi tugasan luar kawasan yang pertama memandangkan ini adalah tahun pertama saya bergelar wartawan. "Saya menulis cerita pendek. Ia kisah misteri yang dicampur dengan elemen percintaan. Saya suka menulis," kata Elizabeth ketika ditanya. Sejak dari itu saya tersenyum dan hilang segala perasaan gugup. ARTIKEL BERKAITAN: 'Girl' Kembali Tersenyum *Kisah Elizabeth pernah disiarkan di portal mstar Online pada 2 Oktober lalu.