suria

Tak Sangka Dua-Dua 'Sangkut'

Reza (tengah) dan Hazreen Safinatz (kiri) tidak menduga diumum antara pemenang peraduan Jom Check In! mStar Jelajah. foto AZLINA ABDULLAH/The Star

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri dari Jenjarom, Banting, Selangor meraikan kegembiraan berganda apabila berjaya memenangi peraduan Jom Check-In! anjuran portal berita mStar Online dengan kerjasama muslimcuti.com.

Riza Adenan dan isteri, Hazreen Safinatz Abdul Wahab masing-masing membawa pulang hadiah belayar sambil melihat pemandangan matahari terbenam (sunset cruise) di Langkawi dan pas masuk ke The Habitat Penang untuk dua orang.

Kedua-dua hadiah disumbangkan oleh Sea Splash Travel Sdn Bhd dan Habitat Penang.

Riza Adenan dan isteri, Hazreen Safinatz Abdul Wahab bersama penaja hadiah Sea Splash Sunset Cruise, Langkawi. -foto AZLINA ABDULLAH/The Star

Menurut Hazreen Safinatz, 36, dia tidak menjangka diumumkan sebagai antara pemenang peraduan tersebut bersama suaminya.

"Tak sangka (suami pun menang). Lagipun suami bantu buat puzzle. Hari-hari masuk peraduan tu tapi tak terlampau serius... saja cuba dan kebetulan ada rezeki," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah peraduan Jom Check-In! di Menara Star, Jumaat.

Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Cathay Pacific Maylin Loo (kanan) bersama Dr Hoo Ke Ping yang mewakili anak lelakinya selaku pemenang hadiah utama.-foto AZLINA ABDULLAH/The Star

Dalam pada itu, Riza turut meluahkan rasa teruja kerana niat sekadar untuk mencuba itu akhirnya membuahkan hasil.

Lebih manis lagi, apabila ia adalah hadiah pertama yang diperolehinya menerusi pelbagai peraduan yang disertainya setakat ini.

"Rasa gembira. Saya pernah cuba peraduan lain tapi pertama kali dapat hadiah macam ni... memang tak sangka," katanya.

Jelas jurutera rangkaian itu mereka akan memanfaatkan percutian bersama dengan hadiah yang ditawarkan itu bulan depan.

"Kami pernah ke Langkawi tapi tak pernah dengar mengenai 'Sunset Cruise'. Mungkin kami akan pergi bulan depan, senang sekali jalan untuk kedua-dua hadiah," katanya.

Barisan pemenang peraduan Jom Check In! Jelajah mStar. foto AZLINA ABDULLAH/The Star

Sementara itu, hadiah utama berupa dua tiket penerbangan Cathay Dragon dari Kuala Lumpur ke Hong Kong pula menjadi milik pegawai bank, Hoo Eway.

Eway yang tidak dapat hadir diwakili bapanya, Dr Hoo Ke Ping untuk menerima hadiah utama itu yang disampaikan Editor mStar Online, Zainal Azhar Mohamed.

Ke Ping agak terkejut apabila dimaklumkan oleh anaknya supaya pergi mewakilkannya untuk menerima hadiah peraduan yang disertainya.

"Saya terkejut tak tahu dia sertai peraduan ini. Dia tiba-tiba beritahu saya menang dan suruh datang ambil hadiah," katanya.

Beliau berkata anaknya itu memang gemar menyertai pelbagai peraduan.

"Dia memang suka join contest. Saya amat gembira dan berterima kasih kepada Cathay Dragon di atas hadiah ini," katanya yang merancang untuk pergi bercuti bersama keluarganya hujung tahun ini.

Kee Ping turut berharap agar mStar Online menawarkan lebih banyak peraduan pada masa akan datang.

Senarai pemenang peraduan Jom Check-In! mStar Jelajah:

1. Melisa Yeo (Eight Acres 2 Hari 1 Malam)

2. Leong Kar Yin (pas masuk The Habitat Penang)

3. Oh Boon Jin (Langkawi 3 Hari 2 Malam)

4. Wong Ee Wen (Lost World of Tambun 2 Hari 1 Malam)

5. Wong Diong Hwa (pas masuk The Habitat Penang)

6. Hoo Eway (pas masuk Gardens by the Bay)

7. Ling Sing Hui (pas masuk The Habitat Penang)

8. Riza Adenan (Sunset Cruise, Langkawi)

9. Hazreen Safinatz Abdul Wahab (pas masuk The Habitat Penang)

10. Leong Kar Yoke (Bali 4 Hari 2 Malam)

11. Choong Sooi Lin (Lost World of Tambun 2 Hari 1 Malam)

12. Ling Lay Soong (pas masuk Singapore SEA Aquarium)

13. Hoo Eway (Tiket Cathay Dragon)

Jom Check In!, mStar Jelajah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Elizabeth Kini Lebih Yakin

Artikel Lain