PETALING JAYA: Peserta Himpunan 'Selamatkan Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi' mula memenuhi Padang Timur, di sini sejak jam 3 petang. Himpunan anjuran Pakatan Harapan (Harapan) itu dijangka akan menerima lebih ramai peserta berdasarkan program kemuncak iaitu ceramah perdana berlangsung pada waktu malam. Menerusi slogan anti-kleptokrasi Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi program ini akan menampilkan ramai pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Himpunan yang bermula pukul 4 petang sehingga lewat malam ini menyasarkan 100,000 penyertaan. -Sinar Harian