suria

Masalah Teknikal, AirAsia Indonesia Patah Balik

Gamabr hiasan pesawat AirAsia.

PETALING JAYA: Penerbang AirAsia Indonesia dari Perth ke Bali terpaksa berpatah balik berikutan masalah teknikal.

"Penerbangan QZ535 bersama 145 penumpang, mendapat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pukul 12.40 petang waktu tempatan," jelas AirAsia dalam satu kenyataan.

"Pasukan jurutera kami memeriksa pesawat tersebut," tambah kenyataan tersebut.

Jelas AirAsia, semua penumpang yang terlibat akan dijadualkan dengan pesawat seterusnya serta menyediakan kemudahan yang diperlukan termasuk baucer makanan.

"Keselamatan penumpang adalah keutamaan kami. AirAsia Indonesia memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku."

Sebuah portal berita Australia melaporkan pesawat tersebut mengalami masalah di bahagian kabin yang menyebabkan pelindung oksigen terjatuh.

Bagaimana pun AirAsia tidak menjelas secara terperinci punca insiden tersebut.

AirAsia

Artikel Sebelum

‘Doh-Dohla Nangis Ibu’

Artikel Berikut

Artikel Lain